-->


Friday, July 20, 2007

Berkahwin Bukan Hanya Untuk Seks...

Perkahwinan membawa maksud perkongsian hidup antara seorang
lelaki dengan wanita berasaskan cinta dan kasih sayang sambil
menunaikan tanggungjawab dalam suasana yang bahagia dan
harmoni. Perkahwinan tidak wajar dilihat dari sudut kepuasan
seks dan material semata-mata, ia harus dilihat sebagai
ikatan persahabatan dan persefahaman antara lelaki dan
wanita yang terlibat.
Di setiap perkahwinan pasti ada
motifnya, sam
ada kerana cinta, kesunyian, tekanan hidup,
desakan ibu
bapa, pengaruh teman-teman dan sebagainya.
Cinta, yang didakwa oleh ramai orang sebagai sebab terkuat
termungkinnya perkahwinan, adalah indah, tetapi ia ditanggap
oleh lelaki dan wanita dengan cara yang berbeza.
Cinta yang
sebaik-baiknya adalah cinta yang disemai dan dipupuk hari
demi hari hingga lahir persefahaman dan penyesuaian antara
suami isteri. Isi hati pasangan perlulah diselami untuk
mengelakkan banyak salah faham.
Mengenal lelaki bukanlah bermaksud untuk mencari kelemahan
lelaki, tetapi sebagai bahan perbandingan dan penyesuaian,
kerana wanita perlu mengenal kekuatan dan kelemahan diri
sendiri juga.
Apabila disedari bahawa lelaki lemah dalam
sesuatu segi sedangkan wanita kuat dari segi itu, yang
kuat perlu membantu yang lemah supaya akhirnya rumahtangga
itu akan menjadi lebih kukuh.

No comments: