Seorang arkeologi bernama Ron Wyatt (Lihat di http://www.wyattmus eum.com/ron-wyatt.htm ) pada ahir tahun 1988 telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar laut merah.
Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di lautan yang digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.
Menurut beliau, selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krewnya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.
Penemuan ini pastinya semakin mengukuhkan fakta bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan sebahagian daripada kerangka para bala tentara Fir'aun yang tenggelam di laut Merah.
Hal ini kerana,hasil dari ujian makmal yang dilakukan di Stockhlom University kepada beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam,dimana menurut sejarah, kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.
Selain itu,ada suatu objek menarik yang juga ditemui,iaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang,sehingga bentuk aslinya sangat sukar untuk dilihat secara jelas.
Mungkin Allah sengaja menunjukkan kepada kita semua bahqwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-nabiNya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita dongeng belaka.
Diantara beberapa bangkai kereta tadi,ditemui pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang diperbuat dari emas.Jika difikirkan, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Firaun sang raja.
Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas.
Pada bahagian peta yang dilingkari (lingkaran merah),menurut para ahli matematik disitulah lokasi di mana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi laut Merah. Lokasi penyeberangan dikira berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.
Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Tahap kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 darjah, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah.
Dikira jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah dikira sepanjang 900 meter.
Dapatkah kita membayangkan berapa daya yang diperlukan untuk membolehkan air laut dibelah sehingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang secara purata mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, berdasarkan sejarah bahawa pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan orang? (Menurut tulisan lain dikira jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).
Menurut sebuah pengiraan dikira tekanan yang diperlukan (daya per luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.
Jika kita kaitkan dengan kelajuan angin,menurut beberapa pengiraan, sekurangnya diperlukan kekuatan angin dengan kelajuan tetap 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!
Saturday, July 14, 2007
Penemuan Di Laut Merah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment