Untuk Renungan Bersama....
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan
mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan
khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta
kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara
pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk
syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan
mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu
persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah
tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat
kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di
dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti
akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang
di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang
berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara,
Tuesday, January 29, 2008
DETIK BERSEJARAH -part 1-
Posted by kalamgua at 6:41 PM 0 comments
Thursday, January 3, 2008
MIMPI IMAM AS-SYAFIE R.A .......
Syaikh Abdul Hamid Kishk, ulama buta
lulusan usuluddin dari al-Azhar
asy-Syarif. Beliau telah hafal kitab
suci al-Quran pada usia 8 tahun.
Terkenal sebagai seorang da`i dan khatib
yang berani dan lantang menyeru kepada
kebenaran. Kelantangannya mengkritik
pemerintah menyebabkan beliau pernah
beberapa kali dimasukkan ke penjara.
Beliau dilahirkan di sebuah kampung
kecil yang terletak berhampiran dengan
Iskandariah bernama Shibrakheet dalam
tahun 1933. Pada hari Jumaat, 26 Rajab
1417 (6 Disember 1996) sewaktu
memperingati peristiwa Isra` & Mi'raj,
dalam sholat ketika bersujud pahlawan
mimbar ini diambil kembali ke
rahmatUllah. .... Allahu ... Allah.
Beliau meninggalkan ribuan rakaman
ceramah dan khutbah yang mampu
menggegarkan jiwa pendengarnya serta
karangan kecil dan besar kira-kira 115
buah. Moga rahmat Allah sentiasa
mencucuri ke atasnya ... al-Fatihah.
Di sini aku hendak menukilkan satu kisah
yang disampaikan dalam salah satu
khutbahnya berhubung Imam kita
asy-Syafi`i r.a. Dalam himpunan
khutbahnya yang diberi jodol "Huna
Madrasatu Muhammad s.a.w.", halaman 48
beliau menulis:
"Imam asy-Syafi`i r.a. berkata: "Aku
telah bermimpi melihat Junjungan Nabi
s.a.w. tatkala aku berusia 7 tahun.
Junjungan Nabi s.a.w. bersabda kepadaku:
"Wahai Syafi`i, adakah engkau tahu siapa
aku?" Lalu jawabku: "Aku daripadamu dan
engkau daripadaku, Ya RasulAllah." Maka
Junjungan Rasulullah s.a.w. pun
meletakkan mulut baginda ke mulutku
sehingga bercampur air ludahku dengan
air ludah baginda, lalu aku mengetahui
ilmu-ilmu yang ada di antara langit dan
bumi (yakni ibarat bagi terbukanya pintu
keilmuan yang luas). Ketika gementar
aku, baginda meletakkan tangannya ke
dadaku lalu tenanglah zahirku dan
terpancarlah ilmu dari batinku."
Ya, Imam asy-Syafi`i menyatakan
bahawa dirinya adalah daripada Junjungan
Nabi s.a.w. adalah kerana beliau
mempunyai nasab kepada Hasyim bin 'Abdu
Manaf, nenda Junjungan Nabi s.a.w.
Ibunya pula bernasab kepada Sayyidah
Fathimah az-Zahra` r.'anha, manakala
isterinya, Sayyidah Hamiidah, adalah
dari nasab Sayyidina 'Utsman bin 'Affan r.a.
Sungguh pun demikian kemuliaan yang
dimilikinya, namun pernah satu ketika
tatkala bersama muridnya Imam Ahmad bin
Hanbal, Imam asy-Syafi'i melantunkan
syair berikut:-
أحب الصالحين و لست منهم * لعل أن
أنال بهم شفاعة
و أكره من تجارتهم معاصى * و إن كنا
سويا في البضاعة
Kucintakan para salihin tapi
bukanlah aku kalangan mereka
Moga dengan mereka kudapatkan syafaatnya
Kubencikan para pelaku maksiat durhaka
Walaupun perlakuanku sama seperti mereka
Mendengar syair gurunya, Imam Ahmad
membalas balik dengan penuh adab
ketinggian dengan katanya kepada Imam
asy-Syafi`i: Ya Sayyidi,
تحب الصالحين و أنت منهم * و منكم سوف
يلقون الشفاعة
و تكره من تجارتهم معاصى * وقاك الله
من شر البضاعة
Kau cintai para salihin dan engkau
dari kalangan mereka
Akan terhasil segala syafaat dengan
kalian semua
Dan kebencianmu kepada pelaku
maksiat durhaka
Moga Allah memelihara dirimu dari
kejahatan mereka
Allahu ..Allah, begitulah sikap tawadhu`
yang ditunjukkan oleh Imam kita
asy-Syafi`i. Walaupun berada di puncak
keilmuan dan kesholehan, tetap tidak
mengaku punya apa-apa maqam di sisi
Allah s.w.t. Sentiasa merasakan dirinya
hina dan masih bermaksiat kepada Allah.
Benarlah perkataan sebahagian:-
رأس المال العلماء التواضع
Punca keberuntungannya para ulama adalah
tawadhu.
Allahu ...Allah, bukan saja ulama, umat
semuanya disuruh bersikap tawadhu`.
Tidak membesarkan diri, walaupun
menyandang berbagai predikat. Jika umat
biasa dikehendaki untuk tawadhu`, maka
apatah lagi para pemuka umat. Junjungan
Nabi s.a.w. bersabda:-
من تواضع رفعه الله و من تكبر وضعه الله
Sesiapa yang bersikap tawadhu, Allah
akan mengangkatkannya; Dan sesiapa yang
sombong membesarkan dirinya, Allah akan
merendahkannya.
Posted by kalamgua at 7:21 AM 0 comments