-->

Thursday, April 24, 2008

Bagaimana Kanak-Kanak Belajar????

Pembelajaran bagi kanak-kanak sebenarnya bukan sahaja bermula ketika mereka masuk sekolah. Sebaliknya semenjak masih dalam kandungan ibunya lagi. Kadar pembelajaran semakin ketara apabila mereka dilahirkan dan meningkat usia. Misalnya, bayi yang baru dilahirkan akan menyusu hampir setiap jam.

Dengan pengajaran dari ibunya, beberapa hari selepas itu, dia akan belajar menyusu 3 atau 4 jam sekali. Bila kanak-kanak meningkat umurnya lapan bulan biasanya telah pandai merangkak. Kanak-kanak yang sihat akan merangkak ke segenap sudut rumah. Setiap benda yang baru akan diambil, dilihat, dimasukan ke dalam mulutnya atau dibuangnya ke lantai.

Inilah proses bayi dan kanak-kanak belajar. Kalau bayi yang sentiasa dikawal ketat dari melakukan pekara-pekara di atas, perkembangan jiwanya akan terbantut. Seeloknya ibu atau penjaga memberi peluang bayi mengenali dunia yang baru baginya. Cuma perlulah diberi tumpuan atau perhatian agar bayi tidak menelan benda-benda yang merbahaya.

Kanak-kanak akan dapat bercakap apabila berumur lebih dua tahun. Di peringkat ini mereka kerap kali bertanya, suka mendengar ceita dan gemar bercerita iaitu cerita dari khayalan mereka sendiri. Ibu bapa atau penjaga yang tidak mengambil berat atau tidak melayan pebualan anak-anak mereka, besar kemungkinan membunuh minat anak-anak mereka untuk belajar.

Persoalannya sekarang ialah patutkah kanak-kanak kecil diajar membaca? Ya, kanak-kanak kecil patut diajar membaca. Lebih awal atau lebih muda mereka diajar lebih senang dan cepat mereka pandai membaca. Belajar dari kecil membanyakkan ilmu yang boleh mereka kuasai. Mengajar anak-anak membaca di peringkat awal memanglah payah dan kadangkala menjemukan. Di sinilah kita perlu banyak bersabar menghadapi ragam mereka dan bersabar untuk sentiasa mendorong mereka supaya suka membaca.

Keupayaan kanak-kanak membaca ada kaitan rapat dengan perkembangan otak, penglihatan dan pendengaran mereka. di antara anggota-anggota manusia, otaklah sistem saraf yang berkembang paling pesat semasa di peringkat kanak-kanak. Otak mula berkembang dengan pesatnya sejak pertengahan mengandung dan menjadi perlahan di antara umur satu dan dua tahun. Sebab itulah digalakkan ibu yang mengandung banyak membaca Al-Quran kerana bayi di dalam kandungannya sudah mula mendengar dan belajar.

Sereblum adalah satu bahagian otak manusia yang berkembang paling pesat. Kanak-kanak berumur lima belas bulan sudah mempunyai jumlah sel sama banyak dengan sereblum otak dewasa. Bila kanak-kanak berumur dua puluh empat bulan, bahagian lain otaknya menyerupai 75% otak orang dewasa. Bila kanak-kanak berumur empat tahun bahagian otak ini menyerupai keseluruhan otak dewasa.

Bayi yang baru dilahirkan telah dapat melihat tetapi pandangannya kabur. Sebab itulah dia hanya dapat melihat benda-benda yang besar apabila diletakkan dekat dengan mukanya. Dari masa ke semasa ketajaman penglihatan bayi akan meningkat dan dia kian belajar dengan melihat.

Perkembangan ketajaman daya lihat kanak-kanak menerangkan kepada kita kenapa kanak-kanak kecil menggemari huruf-huruf yang besar. Kaedah mengajar dengan tulisan besar ini boleh dibuat menggunakan poster dan kad-kad kecil untuk mengenal huruf-huruf A sampai Z dan alif hingga ya. Kaedah yang sama boleh juga digunakan untuk mengenal alam sekitar kanak-kanak dengan melukis gambar-gambar yang besar. Bahkan kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengajar anak-anak sifat-sifat Allah,nama-nama Rasul, nama malaikat dan sebagainya.

Inilah cara belajar yang paling berkesan. Biarpun mereka sukar menyebutnya tetapi semua perkara yang mereka belajar akan di simpan di dalam 'memori' otak mereka. Bila dewasa, mereka akan mudah mengingatinya kerana perkara tersebut pernah di pelajarinya suatu ketika dulu.

Mengajar kanak-kanak kecil membaca tidak boleh dengan memaksa mereka kerana di peringkat ini mereka lebih suka bermain. Jadi ibu bapa hendaklah menjadikan belajar membaca itu satu permainan yang paling seronok pada mereka dan bukannya satu pekerjaan, denda atau satu bebanan pada mereka. Jangkamasa permainan itu biarlah pendek. Dalam sehari kita boleh ajak anak-anak kita bermain sambil belajar, dan setiap permainan itu hendaklah memakan masa beberapa minit sahaja.

Menamatkan setiap permainan itu juga memerlukan kebijaksanaan kita. Cara yang paling baik ialah menamatkan permainan itu sebelum anak itu mahu berhenti atau telah jemu. Lantaran itu anak-anak itu tentu akan meminta supaya 'bermain membaca' lagi. Dengan cara ini, Insya-Allah akan menyuburkan lagi jiwa anak-anak untuk membaca dan bukannya membunuh minat semulajadinya.

Apabila mereka pandai membaca lebih awal. mereka akan merasa seronok untuk ke sekolah. Mereka tidak akan merasa rendah diri dengan kawan-kawan sebaya kerana tidak pandai membaca. Malah sudah tentu akan terjalin hubungan yang baik di antara guru dan anak-anak. Jelas bahawa banyak manfaat yang diperolehi bila kanak-kanak kecil diajar membaca lebih awal.
Ibu bapa harus mengetahui bahawa kanak-kanak yang berumur 4 tahun lebih senang diajar membaca dari kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Begitu juga yang berumur 3 tahun lebih mudah diajar dari yang berumur 4 tahun. Dalam keghairahan kita hendak mengajar anak-anak membaca, pengajian membaca Al-Quran hendaklah diutamakan. Justeru itu ajarlah anak-anak kita mengenal huruf-huruf Al-Quran di peringkat yang seawal mungkin dan belajar membaca Al-Quran dengan menggunakan kaedah hafalan dan mengenal huruf yang ditulis dalam saiz besar. Dan adalah lebih mudah bagi anak-anak untuk dilatih menghafal Al-Quran berbanding kita yang sudah dewasa ini, kerana semasa peringkat itu kanak-kanak hatinya bersih dan daya ingatannya masih baik. Ini adalah cara yang terbaik untuk melatih anak-anak kita membentuk kuasa ingatan yang baik dan kuat. Ingatan yang kuat akan lebih menyenangkan proses mengajar kanak-kanak membaca

Artikel Penuh...

Wednesday, April 9, 2008

Kopi Masin - part 2 -


"Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu— tentang kopi masin. Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja semuanya. Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apapun darimu… Sekarang saat kau membaca surat ini, aku sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan, maka aku akan mengatakan ini padamu: Aku tidak menyukai kopi yang masin. Tapi sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku tetap akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, airmatanya membasahi surat itu.
Suatu hari seseorang telah bertanyanya, "Bagaimana rasa kopi masin?"
Si gadis pasti menjawab, "Rasanya begitu manis.":)

p/s :- Inilah yg di namakan 'kalau jodoh tak kemana'..Walaupun sebuah perkenalan itu dimulakan dengan SEDIKIT KEBOHONGAN..Kuasa dan aturan ALLAH..tiada siapa yang tau:)

Artikel Penuh...

Thursday, April 3, 2008

Kopi Masin -part 1-


Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang
menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia
sendiri hanya seorang laki-laki biasa. Tiada seorang gadis pun yang
begitu mempedulikannya. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang
gadis itu untuk minum kopi bersamanya. Walaupun terkejut dengan
undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Mereka
berdua duduk di sebuah kedai kopi yang begitu nyaman. Si lelaki
begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis merasa
sangat tidak selesa.

"Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang", kata si gadis
dalam hatinya.

Tiba-tiba si laki-laki berkata pada pelayan, "Tolong ambilkan saya
garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya."

Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak
menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam dalam
kopi serta meminum kopinya.

Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu
kepadanya, "Kebiasaanmu sangat aneh?".

"Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka
bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut… masin dan
pahit. Sama seperti rasa kopi ini",jawab si laki-laki.

"Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan
masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung
halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana",
lanjutnya dengan mata berlinang.

Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati.
Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan
kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai
dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti
mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya.
Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang
tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya…Perbuala n
yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan
permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin
hubungan. Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya.
Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian…kesimpulan
nya
dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.

Untung saja ada kopi masin !

Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan
sang putera, dan mereka hidup bahagia… Begitulah lelaki dan gadis
itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya
secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana
dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, si laki-
laki meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya.....

-bersambung-

Artikel Penuh...