
Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, "Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)."
Bila dia melihat aku dia pun berkata, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"
Ibrahim segera menjawab, "Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu."
Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu."
Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru engkau ini."
Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali.
"Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu."
Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku."
Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."
"Maka sucitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia sedang bersembahyang di sisi Kaabah."
Setelah selesai rahib itu bersembahyang maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persausaraanku denganmu."
Sebaik sahaja dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah."
Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau?"
Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu kerana aku bersangka baik (zanku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat."
Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan mengalami ajaran-ajarannya."
Saturday, October 17, 2009
Pendita Yang Insaf...
Posted by
kalamgua
at
11:33 PM
0
comments
Friday, August 21, 2009
Tuesday, August 4, 2009
Bila Isteri Merajuk....
copy dr blog baba auni
Kita balik dari pejabat terus ke rumah dengan niat nak mandi sekejap,sembahyang 'asar kemudian capai reket badminton terus ke gym beriadah dengan sahabat-sahabat untuk memenuhi tuntutan jasmani kita.
Tetapi setibanya di rumah, belum sempat kita buat apa-apa, isteri kita dah minta tolong belikan itu dan ini dan macam-macam lagi. Disebabkan dah berjanji dengan sahabat untuk tepat sampai ke gym jam 5.30 petang, kerana sewa bermula jam 5.30 juga, kenalah jaga imej sebagai seorang yang amat menepati masa, maka kita terus aje memberikan alasan untuk tidak mahu pergi ke kedai beli barang dengan berkata "Eishh!, takkan benda-benda kecik tu pun abang belikan, pergilah beli sendiri atau suruhlah Kak Long tu beli, bukan jauh pun kedai tu..." kita mula berleter dengan harapan pandangan kita tadi diterima dengan hati yang terbuka. Tetapi belum sempat kita menarik nafas
untuk meletakkan "full stop" komen kita tadi, meletup isteri kita menyembur macam machine-gun kata-kata kecewa kerana kita tak mahu tolong dia.
Keluarlah macam-macam peristewa silam yang dulu-dulu tu kesilapan-kesilapan kita tak mahu tolong dia. Sampai ke peringkat dia kata, "SYG TAK MAHU LAGI MASAK UNTUK ABANG, ABANG NAK MAKAN KUIH SEDAP-SEDAP,PI BELI SENDIRI... SYG FED-UP DENGAN
ABANG!.." sambil dia masuk ke dalam bilik tidur, menghempas pintu "Begedegum!" terus membenam dalam tilam nostalgia kita tu.
Kita pun terpinga-pinga dibuatnya. Apa salah aku. Takkan sebab tak mahu ke kedai dah merajuk tak mahu masak untuk kita!.. pening kepala. Lagi pening kalau anak-anak juga terpinga-pinga di belakang tirai pintu bilik masing-masing melihat lakunan "heavy drama" ayah dan ibu mereka ni.
Kita mula naik geram, nak ditinggalkan, dan terus bermain badminton, rasa pula tak boleh nak tumpu kepada permainan. Nak tunggu hingga isteri tu reda, entah bila pula merajuknya tu reda. Biasanya sampai 2-3 hari, malah kadang-kadang mencecah hingga seminggu baru dia mengorat kita semula. Kita pun telefon sahabat minta excuse. Duduklah kita kat rumah tu membereskan kerja-kerja yang isteri kita tinggalkan tadi. Itupun kot-kotlah ada suami-suami yang nak buat.
Apa silapnya kita? Apa yang mesti kita buat?
1. Pertama sekali, kita mesti terus ingatkan nasihat dari Allah dalam Surah An-Nisa' ayat: 19 bermaksud: " ...... Dan bergaullah kamu dengan mereka isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai)benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah kamu terburu-buru(menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."
Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya merajuk oleh isteri kita tu. Kita tidak mampu menjangkau ilmuNYA. Kemungkinan jika isteri tu tidak merajuk, maka kita terus ke gym dan di sana mungkin kita terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu memikulnya.
2. Sebaik-baiknya, kita biarkan dia melepaskan rajuknya itu mengikut kepuasannya. Biasanya mereka lebih sabar dari kita. Banyak perkara-perkara yang menyinggong hatinya yang kita buat sebelum ini, mereka tidak marah.
Mereka mengalah dan simpan. Kita pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang kita telah buat. Malah ada dikalangan kita yang tiada perasaan pun.Isteri
kita tu sabar dan menyimpan semua peristewa-peristewa itu dalam "hardisk" mereka. Tetapi apabila hardisk tu dah penuh, maka masanya akan tiba juga untuk depa semburkan kesemua files kepada kita. Proses semburan ni pun tidak lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu depa akan lari masuk ke dalam bilik dan membasah bantal dan tidak mahu bercakap dengan kita. Dari sudut
fisiologinya, depa dah "lega" lah tu.
3. Kita pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuknya tu berpunca dari kes yang berat-berat, maka tunggulah besok baru lah kita cuba-cuba pujuk dia.
Jangan malam itu juga cuba nak pujuk, nanti tak pasal-pasal kena sesiku sulongnya di dagu kita. Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tak menjadi, cuba lagi dengan strategi lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula ego tak
mahu pujuk dia.
4. Bila isteri kita tu dah mula nampak nak "mengorat" kita kembali, maka cuba kita jadikan ia sesuatu yang positif. Dia akan segan-segan silu meminta sesuatu dari kita. Kadang-kadang dia menggunakan anak kita sebagai posman.Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Peristewa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni,
laksana kita mula-mula bercinta dulu. Rasa cinta akan menyegar kembali.
Senyum-senyumlah padanya jika dia mula nak mengorak senyuman.
Sentuh-sentuhlah dia apabila dia buat-buat terlanggar kita. Lupakan kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia "tidak siuman" itu.
Lafazkan kata cinta padanya.
5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya tu. Jangka waktu seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah
An-Nisa' ayat 34: untuk tindakan kita selanjutnya: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka
(lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika
suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara(mereka). Wanita-wanita yang kamu khuawatirkan nusyuz, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka
berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
6. Jangan pula kita berdoa agar dia merajuk hari ini. Minta dari Allah untuk hindarkan perkara-perkara yang memberatkan kita dengan doa setiap
kali kita bertemu dengan isteri kita: " Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku juga berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan".
Selamat menantikan isteri merajuk
Wassalam
walaupun sy lom kawen..tp ada hikmah artikel ni utk sy & dia..
sy syg dia..dia pun syg sy.. (,"(",)
Posted by
kalamgua
at
10:48 AM
0
comments
Saturday, July 25, 2009
Tanda - Tanda Bahagia & Sengsara...

Dipetik dari majalah UMMI Nov.1995
Tanda-tanda Bahagia
1. menjauhkan diri daripada urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. himmahnya(kemahuan) kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. sedikit kata terhadap apa yang tidak diperlukan
4. sangat memelihara sembahyang fardhu yang lima
5. menjaga diri daripada yang haram dan syubhat, sedikit mahu pun banyak
6. bersahabat dengan golongan yang soleh dan baik
7. bersifat merendah diri
8. bersifat dermawan yang ikhlas
9. belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. bermanfaat kepada orang lain
11. selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya
Tanda-tanda Sengsara
1. rakus terhadap harta dunia
2. kemahuan kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia
3. kotor dalam perkataannya serta banyak ghibah(menceritakan cela orang lain)
4. meringan-ringankan sembahyang fardhu yang lima
5. berkawan dengan golongan yang fasik(derhaka)
6. buruk perangainya
7. sombong lagi membangga diri
8. enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. bersifat kedekut
11. lupa terhadap mati
Posted by
kalamgua
at
5:01 AM
0
comments
Wednesday, July 8, 2009
Soklan - Soklan Pening...part 2
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca basmalah ia berkata,
1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
8. Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang. Dan bukti-bukti itu ialah angin taufan, belalang, kutu, katak, darah, tongkat, tangan, belah laut, memayungi mereka dengan awan, al-man, al-salwa, batu hingga yang lain daripada tanda kekuasaan Allah yang mereka saksikannya.
10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).
15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).
18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).
20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"
Mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"
Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda." Pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah:
Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."
Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.
Posted by
kalamgua
at
9:59 PM
0
comments
Tuesday, June 30, 2009
Soklan-Soklan Pening.. part 1
Sebuah cerita yang menarik.. Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.
Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan! Sang pendeta pun mulai bertanya, "
1. Sebutkan satu yang tiada duanya,
2. dua yang tiada tiganya,
3. tiga yang tiada empatnya,
4. empat yang tiada limanya,
5. lima yang tiada enamnya,
6. enam yang tiada tujuhnya,
7. tujuh yang tiada delapannya,
8. delapan yang tiada sembilannya,
9. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empat belasnya.
14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
bersambung....
Posted by
kalamgua
at
7:58 AM
0
comments
Saturday, June 13, 2009
Asal Usul Hajar Aswad..
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.
Ada riwayat menyatakan bahwa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
Posted by
kalamgua
at
8:01 AM
0
comments
Labels: ilmiah
Friday, February 13, 2009
Bila Lagi Muncul,
Seperti Al-Barra' Ibnu Malik,
Mencari syahid tapi tak bertemu ,
Berambut kusut berdebu pula ,
Pedang dihayun lima terkulai ,
Ditusuk tombak sehingga lapan ,
Akhirnya senyum visi tercapai .
Bila Lagi Muncul ,
Seperti Amar ibnu Jamuh ,
Walaupun tempang berhati waja ,
Rindukan syahid bukan kepalang ,
Akhirnya Uhud menjadi saks ,i
Perginya dia ke mahligai syuhadak .
Bila Lagi Muncul .
Seperti Umar al-khattab ,
Merotan diri takutkan rotan akhirat ,
Pucat gementar mengambil wudhuk ,
Kerana bakal menghadap RAJA .
Bila Lagi Muncul ,
Seperti Nukman bin Muqarrin ,
Penduduk dunia tidak mengenali ,
Makhluk langit mengetahui pula ,
Ibarat kepala di laut ,
Badan di daratan ,
Kaki di bumi .
Bila Lagi Muncul ,
Seperti As-Syafiee ,
Hidup miskin bukan penghalang ,
Kertas tiada tulang pun memadai ,
Menggali ilmu di seluruh pelusuk ,
Akhlak dijaga, hati dikuasi ,
Kepada Allah tempat munajat .
Posted by
kalamgua
at
6:44 PM
0
comments
Saturday, December 27, 2008
Kelebihan Huzaifah Al - Yamani

Huzaifah Al-Yamani telah diberi oleh Rasulullah s.a.w. suatu ilmu khusus tentang mengenali orang-orang munafik serta sifat-sifatnya yang tersembunyi. Beliaulah yang pertama sekali memperkenalkan Ilmu Tasauf dan membuka jalan serta teori-teori ilmu tersebut.
Ada orang bertanya kepada Huzaifah: "Kami melihat tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang lain. Dari mana tuan memperolehinya?" Lalu jawabnya: "Rasulullah telah menentukannya kepadaku. Orang banyak bertanya Rasulullah s.a.w. dari hal yang baik-baik, tapi aku bertanya dari hal yang jahat-jahat agar aku mengetahuinya dan menjauhkan daripadanya. Sedang mengenai yang baik-baik aku tidak takut ketinggalan mengerjakannya. Sesungguhnya sesiapa yang tidak kenal kejahatan, ia tidak akan kenal kebaikan."
Dalam riwayat yang lain beliau berkata: "Banyak orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang pahala dan fadilat-fadilat amalan, tetapi aku bertanya Rasulullah apa yang merosakkan amalan itu."
Saiyidina Umar r.a. misalnya, enggan menyembahyangkan jenazah seseorang kalau dilihatnya Huzaifah tidak turut menyembahyangkannya. Inilah kelebihan Huzaifah Al-Yamani yang mempunyai pengetahuan tentang ilmu ghaib hingga dia tahu siapa yang munafik dan siapa yang tidak....
Posted by
kalamgua
at
6:36 AM
0
comments
Friday, December 19, 2008
Kesucian Sumayyah...
dalam gelepar
ia jatuh terkapar
Allahu Akbar !
Di samping Yasir yang tewas
ada Sumayyah yang terhempas
dan `Ammar yang masih bernafas
Subhanallah telah mensucikan mereka
Alhamdulillah telah meninggikan mereka
Laa ilaaha illallah telah menggetarkan mereka
Allahu Akbar telah membesarkan mereka
Menjelang petang
orang suci itu datang
Ada cinta dan iba
dalam gelegak air matanya
Sabarlah, hai keluarga Yasir
sungguh surga telah dijanjikan bagimu
Kata-kata itu menjadi air amerta
yang mengisi seluruh aorta
dengan sabar, ketulusan dan cinta
Tengah hari
ketika matahari menyemburkan panas neraka
membakar jantung dan tulang selangka
Abu Jahal menyerang murka
dalam nafas durhaka
"Katakan, aku beriman kepada Latta dan `Uzza
Atau kusobekkan rahimmu sekarang juga"
Ia mempermainkan ujung tombak
yang tajam gemerlap seperti perak
Sumayyah sudah mendengar pesan Sang Utusan
ia boleh berdusta asal hati tetap beriman
Akan tetapi, ia mendadak mendongak
walau ketuaannya memaksanya merangkak
"Sampaikan salam dariku kepada Rasulullah SAW...
Sumayyah yang hatinya telah disucikan Allah dengan iman
tidak akan mencemari lidahnya dengan kalimah kekufuran..."
Dan tombak itupun mengoyak-ngoyak rahim Sumayyah
melepaskan ruh yang suci
untuk bergabung dengan para bidadari
ia berbaring pasrah
di atas pasir yang semakin merah
dari darahnya yang segar
harum kesturi semerbak menyebar
Allahu Akbar !
Posted by
kalamgua
at
8:21 AM
0
comments
Sunday, November 30, 2008
Tolong laaa....
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
Posted by
kalamgua
at
4:12 PM
0
comments
Labels: ilmiah, luahan hati, motivasi
Thursday, November 20, 2008
Suami,Isteri,wanita,lelaki.....

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan
berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang
kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum
wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan
seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,
dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak
bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah khawin, ia
hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual
kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan
sesuatu.
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak
mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
berkhawin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki
mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya
setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan
suaminya.
23. Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab
mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah
kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi
wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin
lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara
dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah
kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan
setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara
lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
Posted by
kalamgua
at
3:15 PM
0
comments
Thursday, April 24, 2008
Bagaimana Kanak-Kanak Belajar????
Pembelajaran bagi kanak-kanak sebenarnya bukan sahaja bermula ketika mereka masuk sekolah. Sebaliknya semenjak masih dalam kandungan ibunya lagi. Kadar pembelajaran semakin ketara apabila mereka dilahirkan dan meningkat usia. Misalnya, bayi yang baru dilahirkan akan menyusu hampir setiap jam.
Dengan pengajaran dari ibunya, beberapa hari selepas itu, dia akan belajar menyusu 3 atau 4 jam sekali. Bila kanak-kanak meningkat umurnya lapan bulan biasanya telah pandai merangkak. Kanak-kanak yang sihat akan merangkak ke segenap sudut rumah. Setiap benda yang baru akan diambil, dilihat, dimasukan ke dalam mulutnya atau dibuangnya ke lantai.
Inilah proses bayi dan kanak-kanak belajar. Kalau bayi yang sentiasa dikawal ketat dari melakukan pekara-pekara di atas, perkembangan jiwanya akan terbantut. Seeloknya ibu atau penjaga memberi peluang bayi mengenali dunia yang baru baginya. Cuma perlulah diberi tumpuan atau perhatian agar bayi tidak menelan benda-benda yang merbahaya.
Kanak-kanak akan dapat bercakap apabila berumur lebih dua tahun. Di peringkat ini mereka kerap kali bertanya, suka mendengar ceita dan gemar bercerita iaitu cerita dari khayalan mereka sendiri. Ibu bapa atau penjaga yang tidak mengambil berat atau tidak melayan pebualan anak-anak mereka, besar kemungkinan membunuh minat anak-anak mereka untuk belajar.
Persoalannya sekarang ialah patutkah kanak-kanak kecil diajar membaca? Ya, kanak-kanak kecil patut diajar membaca. Lebih awal atau lebih muda mereka diajar lebih senang dan cepat mereka pandai membaca. Belajar dari kecil membanyakkan ilmu yang boleh mereka kuasai. Mengajar anak-anak membaca di peringkat awal memanglah payah dan kadangkala menjemukan. Di sinilah kita perlu banyak bersabar menghadapi ragam mereka dan bersabar untuk sentiasa mendorong mereka supaya suka membaca.
Keupayaan kanak-kanak membaca ada kaitan rapat dengan perkembangan otak, penglihatan dan pendengaran mereka. di antara anggota-anggota manusia, otaklah sistem saraf yang berkembang paling pesat semasa di peringkat kanak-kanak. Otak mula berkembang dengan pesatnya sejak pertengahan mengandung dan menjadi perlahan di antara umur satu dan dua tahun. Sebab itulah digalakkan ibu yang mengandung banyak membaca Al-Quran kerana bayi di dalam kandungannya sudah mula mendengar dan belajar.
Sereblum adalah satu bahagian otak manusia yang berkembang paling pesat. Kanak-kanak berumur lima belas bulan sudah mempunyai jumlah sel sama banyak dengan sereblum otak dewasa. Bila kanak-kanak berumur dua puluh empat bulan, bahagian lain otaknya menyerupai 75% otak orang dewasa. Bila kanak-kanak berumur empat tahun bahagian otak ini menyerupai keseluruhan otak dewasa.
Bayi yang baru dilahirkan telah dapat melihat tetapi pandangannya kabur. Sebab itulah dia hanya dapat melihat benda-benda yang besar apabila diletakkan dekat dengan mukanya. Dari masa ke semasa ketajaman penglihatan bayi akan meningkat dan dia kian belajar dengan melihat.
Perkembangan ketajaman daya lihat kanak-kanak menerangkan kepada kita kenapa kanak-kanak kecil menggemari huruf-huruf yang besar. Kaedah mengajar dengan tulisan besar ini boleh dibuat menggunakan poster dan kad-kad kecil untuk mengenal huruf-huruf A sampai Z dan alif hingga ya. Kaedah yang sama boleh juga digunakan untuk mengenal alam sekitar kanak-kanak dengan melukis gambar-gambar yang besar. Bahkan kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengajar anak-anak sifat-sifat Allah,nama-nama Rasul, nama malaikat dan sebagainya.
Inilah cara belajar yang paling berkesan. Biarpun mereka sukar menyebutnya tetapi semua perkara yang mereka belajar akan di simpan di dalam 'memori' otak mereka. Bila dewasa, mereka akan mudah mengingatinya kerana perkara tersebut pernah di pelajarinya suatu ketika dulu.
Mengajar kanak-kanak kecil membaca tidak boleh dengan memaksa mereka kerana di peringkat ini mereka lebih suka bermain. Jadi ibu bapa hendaklah menjadikan belajar membaca itu satu permainan yang paling seronok pada mereka dan bukannya satu pekerjaan, denda atau satu bebanan pada mereka. Jangkamasa permainan itu biarlah pendek. Dalam sehari kita boleh ajak anak-anak kita bermain sambil belajar, dan setiap permainan itu hendaklah memakan masa beberapa minit sahaja.
Menamatkan setiap permainan itu juga memerlukan kebijaksanaan kita. Cara yang paling baik ialah menamatkan permainan itu sebelum anak itu mahu berhenti atau telah jemu. Lantaran itu anak-anak itu tentu akan meminta supaya 'bermain membaca' lagi. Dengan cara ini, Insya-Allah akan menyuburkan lagi jiwa anak-anak untuk membaca dan bukannya membunuh minat semulajadinya.
Apabila mereka pandai membaca lebih awal. mereka akan merasa seronok untuk ke sekolah. Mereka tidak akan merasa rendah diri dengan kawan-kawan sebaya kerana tidak pandai membaca. Malah sudah tentu akan terjalin hubungan yang baik di antara guru dan anak-anak. Jelas bahawa banyak manfaat yang diperolehi bila kanak-kanak kecil diajar membaca lebih awal.
Ibu bapa harus mengetahui bahawa kanak-kanak yang berumur 4 tahun lebih senang diajar membaca dari kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Begitu juga yang berumur 3 tahun lebih mudah diajar dari yang berumur 4 tahun. Dalam keghairahan kita hendak mengajar anak-anak membaca, pengajian membaca Al-Quran hendaklah diutamakan. Justeru itu ajarlah anak-anak kita mengenal huruf-huruf Al-Quran di peringkat yang seawal mungkin dan belajar membaca Al-Quran dengan menggunakan kaedah hafalan dan mengenal huruf yang ditulis dalam saiz besar. Dan adalah lebih mudah bagi anak-anak untuk dilatih menghafal Al-Quran berbanding kita yang sudah dewasa ini, kerana semasa peringkat itu kanak-kanak hatinya bersih dan daya ingatannya masih baik. Ini adalah cara yang terbaik untuk melatih anak-anak kita membentuk kuasa ingatan yang baik dan kuat. Ingatan yang kuat akan lebih menyenangkan proses mengajar kanak-kanak membaca
Posted by
kalamgua
at
1:52 PM
0
comments
Sunday, March 16, 2008
Untukmu Yang Ingin Bergelar Solehah...

Aku ingin bergelar solehah....
tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
tetapi mana mungkin auratku terdedah
kerana aku ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah....
tetapi tugas isteri tidak lagi mudah
rumahtangga kini begitu mudah ranapnya
ditambah pula dengan sikap suami yang tak dapat dijangka
kadangkala aku dibiar sendiri
kadangkala aku dibelai mesra
namun dalam apa jua ketika walau dalam linangan airmata
aku tidak membantah
aku patuhi jua setiap kehendak
asalkan tidak bertentangan dengan syariatNya
kerana aku sangat ingin sekali bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah.....
tetapi aku isteri berkerjaya
pergaulanku perlu dijaga
pertuturanku perlu berpada-pada
takut pula nanti ada yang menaruh cinta
takut pula nanti terluka hati suami tercinta
walaupun aku tidak sengaja dan tidak pernah mengundang orang ketiga
tetapi segalanya mungkin
dan aku perlu tabah dan cekal beriman
kerana aku tentunya ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah....
dan aku tahu ianya bukan mudah
tetapi aku yakin dengan janji Allah
dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah...
Posted by
kalamgua
at
7:46 PM
0
comments
Labels: ilmiah, luahan hati, motivasi
Friday, February 8, 2008
Detik Bersejarah - part 2-
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya
sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu
dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah
terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar
menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang
mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana
nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah
direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah
memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian
maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak
lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku",
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke
bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" -
"Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi
sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli
'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada
kita.
Marilah kita berselawat ke atas Junjungan Besar MUHAMMAD S.A.W.....
Posted by
kalamgua
at
6:23 AM
0
comments
Tuesday, January 29, 2008
DETIK BERSEJARAH -part 1-
Untuk Renungan Bersama....
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan
mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan
khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta
kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara
pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk
syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan
mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu
persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah
tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat
kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di
dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti
akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang
di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang
berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara,
Posted by
kalamgua
at
6:41 PM
0
comments
Thursday, January 3, 2008
MIMPI IMAM AS-SYAFIE R.A .......
Syaikh Abdul Hamid Kishk, ulama buta
lulusan usuluddin dari al-Azhar
asy-Syarif. Beliau telah hafal kitab
suci al-Quran pada usia 8 tahun.
Terkenal sebagai seorang da`i dan khatib
yang berani dan lantang menyeru kepada
kebenaran. Kelantangannya mengkritik
pemerintah menyebabkan beliau pernah
beberapa kali dimasukkan ke penjara.
Beliau dilahirkan di sebuah kampung
kecil yang terletak berhampiran dengan
Iskandariah bernama Shibrakheet dalam
tahun 1933. Pada hari Jumaat, 26 Rajab
1417 (6 Disember 1996) sewaktu
memperingati peristiwa Isra` & Mi'raj,
dalam sholat ketika bersujud pahlawan
mimbar ini diambil kembali ke
rahmatUllah. .... Allahu ... Allah.
Beliau meninggalkan ribuan rakaman
ceramah dan khutbah yang mampu
menggegarkan jiwa pendengarnya serta
karangan kecil dan besar kira-kira 115
buah. Moga rahmat Allah sentiasa
mencucuri ke atasnya ... al-Fatihah.
Di sini aku hendak menukilkan satu kisah
yang disampaikan dalam salah satu
khutbahnya berhubung Imam kita
asy-Syafi`i r.a. Dalam himpunan
khutbahnya yang diberi jodol "Huna
Madrasatu Muhammad s.a.w.", halaman 48
beliau menulis:
"Imam asy-Syafi`i r.a. berkata: "Aku
telah bermimpi melihat Junjungan Nabi
s.a.w. tatkala aku berusia 7 tahun.
Junjungan Nabi s.a.w. bersabda kepadaku:
"Wahai Syafi`i, adakah engkau tahu siapa
aku?" Lalu jawabku: "Aku daripadamu dan
engkau daripadaku, Ya RasulAllah." Maka
Junjungan Rasulullah s.a.w. pun
meletakkan mulut baginda ke mulutku
sehingga bercampur air ludahku dengan
air ludah baginda, lalu aku mengetahui
ilmu-ilmu yang ada di antara langit dan
bumi (yakni ibarat bagi terbukanya pintu
keilmuan yang luas). Ketika gementar
aku, baginda meletakkan tangannya ke
dadaku lalu tenanglah zahirku dan
terpancarlah ilmu dari batinku."
Ya, Imam asy-Syafi`i menyatakan
bahawa dirinya adalah daripada Junjungan
Nabi s.a.w. adalah kerana beliau
mempunyai nasab kepada Hasyim bin 'Abdu
Manaf, nenda Junjungan Nabi s.a.w.
Ibunya pula bernasab kepada Sayyidah
Fathimah az-Zahra` r.'anha, manakala
isterinya, Sayyidah Hamiidah, adalah
dari nasab Sayyidina 'Utsman bin 'Affan r.a.
Sungguh pun demikian kemuliaan yang
dimilikinya, namun pernah satu ketika
tatkala bersama muridnya Imam Ahmad bin
Hanbal, Imam asy-Syafi'i melantunkan
syair berikut:-
أحب الصالحين و لست منهم * لعل أن
أنال بهم شفاعة
و أكره من تجارتهم معاصى * و إن كنا
سويا في البضاعة
Kucintakan para salihin tapi
bukanlah aku kalangan mereka
Moga dengan mereka kudapatkan syafaatnya
Kubencikan para pelaku maksiat durhaka
Walaupun perlakuanku sama seperti mereka
Mendengar syair gurunya, Imam Ahmad
membalas balik dengan penuh adab
ketinggian dengan katanya kepada Imam
asy-Syafi`i: Ya Sayyidi,
تحب الصالحين و أنت منهم * و منكم سوف
يلقون الشفاعة
و تكره من تجارتهم معاصى * وقاك الله
من شر البضاعة
Kau cintai para salihin dan engkau
dari kalangan mereka
Akan terhasil segala syafaat dengan
kalian semua
Dan kebencianmu kepada pelaku
maksiat durhaka
Moga Allah memelihara dirimu dari
kejahatan mereka
Allahu ..Allah, begitulah sikap tawadhu`
yang ditunjukkan oleh Imam kita
asy-Syafi`i. Walaupun berada di puncak
keilmuan dan kesholehan, tetap tidak
mengaku punya apa-apa maqam di sisi
Allah s.w.t. Sentiasa merasakan dirinya
hina dan masih bermaksiat kepada Allah.
Benarlah perkataan sebahagian:-
رأس المال العلماء التواضع
Punca keberuntungannya para ulama adalah
tawadhu.
Allahu ...Allah, bukan saja ulama, umat
semuanya disuruh bersikap tawadhu`.
Tidak membesarkan diri, walaupun
menyandang berbagai predikat. Jika umat
biasa dikehendaki untuk tawadhu`, maka
apatah lagi para pemuka umat. Junjungan
Nabi s.a.w. bersabda:-
من تواضع رفعه الله و من تكبر وضعه الله
Sesiapa yang bersikap tawadhu, Allah
akan mengangkatkannya; Dan sesiapa yang
sombong membesarkan dirinya, Allah akan
merendahkannya.
Posted by
kalamgua
at
7:21 AM
0
comments
Saturday, December 22, 2007
NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM PADA ANAKNYA...
"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.
"Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mngadap Allah) dan manfaat berxikir (ingat kepada Allah)"
"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."
"Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."
"Wahai anakku. Aku sudah memikul batu-batu yang besar. Aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."
"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."
"Wahai anakku. Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."
"Wahai anakku! Sepanjang hidupku. Aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :
** Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu.
** Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
** Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
** Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.
** Ingatlah kepada Allah s.w.t.
** Ingatlah akan mati.
** Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
** Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.
Anak - anak adalah permata bagi ibu bapa...Anak - anak adalah anugerah dari ALLAH untuk ibu bapa...Dan anak - anak adalah kekuatan dan kehidupan bagi ibu bapa...
Posted by
kalamgua
at
3:25 AM
1 comments
Friday, December 14, 2007
ASAL - USUL SOLAT....
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempa :- Dukacita terhadap anak Firaun.
(والله تعالى أعلم)
Posted by
kalamgua
at
7:41 AM
0
comments
Saturday, November 10, 2007
AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT





Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Posted by
kalamgua
at
3:01 AM
0
comments











