-->

Tuesday, November 17, 2009

Sedalam Cintaku...





















kamu tanya padaku seindah apakah cinta..

bulanpun tidak mampu menjelaskannya..
sudah diriasnya taman dan ombak di telaga..
dengan jutaan cahaya..
belum cukup juga menyebutnya syurga...

kamu tanya padaku sewangi apakah cinta..
melati hanya mampu tertunduk malu..
sudah dibuatnya wangi seluruh negeri.
tak cukup juga menyebutnya kasturi..

kamu tanya padaku sedalam manakah cintaku..
tujuh lautan tidak berani menyatakan jawapan..
hanya dengan terjun ke dasar hatiku..
kamu akan tahu..
betapa di kedalaman manapun kamu sentiasa ada..

by: anaklaut

No comments: