-->


Tuesday, October 19, 2010

Kaulah Sumber Ilhamku Abadi Selamanya... -hanya kita-

Zaujah Solehah
Penghibur Jiwa

Lantaran sentiasa membesarkan Allah di dalam solatnya
Dan Sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya
Kalamullah adalah akhbar dan hiburan
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan

Sumber jiwanya beroleh kekuatan
Agar sabar merintangi musibah
Istiqamah dalam mujahaddah
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah

Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
Ujian hidup baginya fitrah;
Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah
Salah satu antara dua :
tanda kasih sayang Allah atau penghapusan dosa yang meningkatkan iman

Berwaspada dengan firman Allah :
" Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir Ku tidak sabar terhadap
cubaan Ku dan tidak syukur terhadap nikmat pemberian Ku, maka carilah
Tuhan selain Aku"

Berkhalwah pasrah di hujung malam munajatnya adalah bicara cinta
Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis
Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan
Gelodak rasanya tidak mudah dituruti

Dia insaf
Hiburan yang tidak membimbing jiwa ke arah cinta ketuhanan
Adalah pembohongan dan sia-sia
Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara
Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah
Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar
Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah
Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan
Matahati akan buta, kaburlah hikmah yang tersirat
Tidakkan nampak jalan akhirat
Inilah yang ditakuti dan sentiasa diawasinya !!

Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan dan Dia-lah
sebaik-baik tempat pergantungan.
Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah :
"Apabila ditimpa musibah , mereka mengucapkan; Sesungguhnya kami adalah
milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat
keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannnya dan mereka itulah
orang-orang yang mendapat petunjuk"
(Al-Baqarah : 156-157 )

Inilah wanita solehah
yang tidak akan membiarkan dirinya
menjadi busar panahan syaitan
diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam

Memandangnya menyejukkan mata
Dirinya yang tenteram memberikan hiburan
Kiranya ia seorang isteri
keperibadiannya akan menghibur suami

Seperti yang diungkap oleh pujanga sufi
" Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan
Anak-anak menjadi murid
Dialah mursyidnya
Harta suami dijaga dengan sempurna
Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga
Dirumah dan diluar
Maruahnya sentiasa dijaga
Sentiasa menguntum senyum
Dihadapan suami
Sanggup hidup berdua
Mati bersama
Lantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata

Memadai dengan apa yang ada
Tidak pernah menuntut apa yang tiada
Menjadi tulang belakang perjuangan suami
Hingga suaminya terasa
Rumah itu syurga
Menjadi sumber kekuatan jiwa dalam menegakkan jihadnya
Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinnah bernafsu mutmainnah
Dan mendapat alu-aluan Allah :
"Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya"
(Surah Al-Fajr : 27 )
Dialah...>>> Kekasihku - Mujahidahku <<<
>> eLaNyKu <<<

Artikel Penuh...

Tuesday, November 17, 2009

Sedalam Cintaku...





















kamu tanya padaku seindah apakah cinta..

bulanpun tidak mampu menjelaskannya..
sudah diriasnya taman dan ombak di telaga..
dengan jutaan cahaya..
belum cukup juga menyebutnya syurga...

kamu tanya padaku sewangi apakah cinta..
melati hanya mampu tertunduk malu..
sudah dibuatnya wangi seluruh negeri.
tak cukup juga menyebutnya kasturi..

kamu tanya padaku sedalam manakah cintaku..
tujuh lautan tidak berani menyatakan jawapan..
hanya dengan terjun ke dasar hatiku..
kamu akan tahu..
betapa di kedalaman manapun kamu sentiasa ada..

by: anaklaut

Artikel Penuh...

Wednesday, November 4, 2009

Surat Cinta Buat Mu...


Kekasih….

Buat sekian kalinya aku titipkan surat ini buatmu. Begitulah jua keadaan jiwa dan perasaanku. Tidak pernah reda daripada gelora cinta yang memukul pantai hati. Aku kehabisan kata untuk digambarkan betapa perasaan rindu ini buatkan aku lupa pada sesuatu. Kadang­kadang aku lupa hari apakah hari ini? Kerana hatiku penuh dengan rindumu. Fikiranku penuh dengan gambaran wajahmu.

Kekasih…

Aku ingin sekali menebus segala rinduku disetiap pertemuan kita. Namun, rindu lama tidak sempat terlerai telah terbeban dengan segunung rindu yang baru. Terlalu sukar untuk aku hapuskan rindu ini dari hatiku walaupun dirimu berada dipangkuanku, rinduku tetap membara. Setiap kali menatap wajahmu, setiap kali itulah rinduku semakin hangat dan cintaku semakin mekar. Betapa aku kalut dalam melayani kerenah rindu ini.

Kekasih….

Wujudkah ubat untuk menghilangkan rindu di hati ini? Walau selalu kutatap gambar­gambar kenangan kita, rindu ini tetap tidak mahu pulang walau beratus kali gambar-­gambarmu ku tatap,namun begitulah aku.

Hati lelakiku ini masih tidak mampu untuk mendepangi dugaan rindu ini. Entahlah… aku sering berdoa dan berharap agar ada suatu masa yang dapat aku lunaskan segala rindu dan dendam yang terbuku di hati ini.

Kekasih…

Aku masih ingat kata­katamu, jika rindu lihatlah pada bintang-­bintang. Carilah bintang yang paling bersinar dan ketika itu pasti aku tahu bahawa aku juga turut dirindui.

Saat bersamamu buat aku cukup bahagia. Pujuk rayumu buat aku lupa segala keresahan dan masalah kehidupan yang aku hadapi. Ingin sekali aku berada disamping mu sentiasa. Namun keadaan tidak mengizinkan aku berbuat demikian.

Kekasih…

Sekarang ini aku penat memikul janji cinta kita. Namun aku bahagia kerananya. Dan aku benar-­benar tidak sabar untuk menanti hari yang menghalalkan aku segalanya keatasmu. Dan doaku, moga Tuhan masih sudi untuk merahmati umur dan nyawaku sehingga ke saat itu.

Hanyalah dirimu kekasihku…..Hanya Kita~~

Artikel Penuh...